 |
Siaran Radio Sarawak telah dimulakan sebagai satu perkhidmatan perintis bermula pada 7 Jun 1954. |
| |
|
 |
Siaran adalah dalam empat bahasa utama, iaitu Melayu, Dayak (Iban), Cina dan Inggeris menerusi satu rangkaian selama 3 1/2 jam pada hari-hari biasa dan 6 3/4 jam pada hujung minggu. |
| |
|
| |
|
| Tujuan Penubuhan |
| |
|
 |
Untuk menyediakan saluran bagi mendidik rakyat di samping memberi hiburan. Majoriti penduduk negeri Sarawak ketika itu masih buta huruf. Memandangkan mereka tidak berupaya membaca, maka adalah penting "to create" satu saluran bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan sekadar mendengar sahaja. |
| |
|
 |
Untuk membantu kerajaan menyalur mesej yang bertujuan bagi mencapai kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan di samping berusaha untuk merapatkan dan menjalinkan hubungan dua hala di antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya. |
| |
|