Saya mengucapkan selamat melayari laman web Jabatan Penyiaran, Radio Televisyen Malaysia Sarawak dan terima kasih atas perhatian semua. Laman web ini boleh dijadikan arena percambahan fikiran dan maklumat di antara kami pihak penyiar dengan pengunjung laman web yang kebanyakannya terdiri daripada penonton televisyen dan pendengar radio.
Setiap tindakan serta hala tuju perkhidmatan perlu diselaraskan dengan niat serta iltizam yang lebih tinggi. Amalan kerja berpasukan dalam menentukan pencapaian matlamat organisasi juga perlu dipertingkatkan lagi tanpa ada pihak tertentu yang merasai terpinggir atau kurang senang hati. Sentiasa senyum dan mesra dengan publik dalaman dan luaran organisasi perlu dijadikan amalan serta etika kerja yang mulia.
Dengan ini diharapkan maklumat yang disampaikan dapat disebar dengan lebih meluas dan berkesan kepada golongan massa. Pengadaptasian ICT dan teknologi terkini harus dijadikan pendekatan yang lebih produktif dalam kita menuju kepada visi organisasi Jabatan Penyiaran Sarawak.