Inilah Radio Sarawak.... Dengan serangkap kata hikmat yang berkumandang di udara menerusi siaran radio pada 7 Jun 1954, bermulalah detik sejarah penyiaran di Sarawak.

Kini berusia hampir setengah abad, Radio Sarawak telah ditukar namanya ke Radio Malaysia Sarawak. Selain memberi hiburan, ia juga menjadi alat untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Penubuhan Radio Sarawak bertujuan untuk menyediakan saluran bagi mendidik rakyat di samping memberi hiburan.

Tidak keterlaluan dikatakan, ketika itu majoriti penduduk negeri Sarawak masih buta huruf. Memandangkan mereka tidak berupaya membaca, maka adalah penting bagi pengwujudan satu saluran khas bagi mereka untuk mendapatkan maklumat dengan sekadar mendengar sahaja. Dengan itu, Jabatan Penyiaran atau lebih dikenali sebagai RTM melalui Radio Sarawak berperanan untuk membantu kerajaan menyalur mesej yang bertujuan untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kebahagian di samping berusaha untuk merapat dan menjalinkan hubungan dua hala antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.

Menerusi rancangan-rancangannya, RTM memainkan peranan mengukuhkan perpaduan rakyat melalui penggunaan Bahasa Melayu. Di samping memberi pendidikan dan hiburan, RTM diamanahkan untuk memberi penerangan terkini dan terperinci tentang dasar-dasar kerajaan dan menyebarkan maklumat penting kepada segenap lapisan masyarakat.

Anda adalah pelawat ke
Warning: fread() [function.fread]: Length parameter must be greater than 0 in /home/rtmsar/public_html/counter.php on line 24

Warning: fread() [function.fread]: Length parameter must be greater than 0 in /home/rtmsar/public_html/counter.php on line 5

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RTM SARAWAK

Tarikh Tutup Penyertaan Pada: 21 November 2011

Untuk keterangan lanjut sila hubungi urusetia: 082-248422 smb 324 / 082-236445 (talian terus) atau Emel: ciptalogortm@yahoo.com

Selamat mendengar radio streaming RTM. Kami mengalu-alukan sebarang komen/cadangan dari pihak anda bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Sampaikan pesanan anda di Sarawakfm
«Klik»